Solok Lada
Nota : Solok lada ni aku yang buat. Origional resepi tah sapa punya aku tak ingat, tapi aku modify sikit ikut suka tekakku ini... Oleh sebab aku suka sangat makan menda ni dan nak beli kat luar punyalah mahal, so aku decide untuk belajar masak solok lada ni sendiri. Sekarang ni kalau nak makan dah tak yah beli, buat ja, dapat banyak dan lebih sedap.
Bahan-bahan
1. Lada besar hijau dan gemok-gemok 15-20 bijik (belah tengah, buang biji)
2. Ikan kembong 5 ekor (rebus, amek isi saja)
3. Kelapa parut (putih sahaja) 1/2 bijik.
4. Halia muda 1/2 inci (mayang)
5. Bawang merah 4 bijik (mayang)
6. Serbuk lada hitam
7. Pati santan (agak-agak hapus solok tu bila curah dlm bekas)
8. Garam
Cara masak
1. Lada besar hijau tu belah tengah, buang semua bijinya.
2. Ikan kembong tu rebus sampai masak dan amek isinya sahaja.
3. Mayang bawang merah dan halia muda.
4. Gaul isi ikan + kelapa parut + bawang dan halia yang dah dimayang, bubuh garam dan serbuk lada hitam. 5. Tumbuk semua bahan yang dah digaul tadi tapi jangan terlalu hancur.
6. Pastu sumbat bahan yang dah siap ditumbuk tadi dalam lada besar hijau tu satu-satu, susun dalam bekas. 7. Bubuh sikit garam dalam pati santan dan curah dalam bekas yang siap diatur dengan solok tadi sebaik ke hapus saja.
8. Kukus selama 10-15 minit.
